Kontroversi Raja Ema

Cinta Berdarah sebuah filem usahasama Malaysia-Indonesia mendapat liputan meluas daripada pihak media yang menggembar-gemburkan adegan ranjang beliau bersama pelakon Indonesia Willy Dozan. Dalam kenyataan itu, bahawa Raja Ema dirogol 3 kali dalam filem tersebut. Pihak media menulis yang Raja Ema merasa kecil hati dengan kenyataan Fauziah Ahmad Daud bahawa beliau menolak tawaran berlakon dalam filem Pernikahan Berdarah kerana banyak adegan ranjang dan seksi yang keterlaluan dalam filem tersebut. Namun Raja Ema menyatakan semua adegan yang dilakonkan beliau dalam filem Cinta Berdarah tidak keterlaluan malah semasa penggambaran Raja Ema sentiasa ditemani oleh ibunya. Fauziah Ahmad Daud pula berkata beliau menolak filem tersebut kerana ia memerlukan beliau berlakon sebagai gadis belasan tahun.

Persengketaan antara Raja Ema dan Fauziah Ahmad Daud nyata tidak benar apabila mereka berdua kelihatan mesra bersama ketika Pesta Filem Malaysia 1988 yang mana Raja Ema memenangi anugerah Pelakon Harapan untuk filem Mawar Merah manakala Fauziah Ahmad Daud memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Puteri.

Selain itu juga, persengketaan diantara Raja Ema dengan Erma Fatima untuk mendapatkan Badaruddin Azmi (suami Erma kini) berlaku pada tahun 1989 apabila Erma dikatakan cuba memikat Badar yang pada ketika itu sedang bercinta dengan Raja Ema malah telah mengenali antara satu sama lain sejak tahun 1987 lagi ketika Badar menjadi jurugambar bagi filem Mawar Merah. Namun Raja Ema menafikan bercinta dengan Badar dan hanya menganggapnya sebagai kawan.

Liputan media terhadap Raja Ema memuncak pada tahun 1992 setelah beliau dikatakan akan berkahwin dengan seorang kerabat di raja. Akhirnya spekulasi tentang hubungan Raja Ema dengan seorang kerabat tersebut berakhir apabila kedua-duanya membuat penafian secara rasmi di suratkhabar Utusan Malaysia yang disiarkan si muka hadapan dada akhbar tersebut.